KD Pahang 172 Dipindahkan ke Mawila 1 Kuantan

Di langsir dari blog BETHOROKOLO. Blog PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA ini memberikan informasi tentang kekuatan militer indonesia, alutsista indonesia, pesawat tempur, kapal perang, kapal selam, dan marinir. Kali ini mengupdate artikel tentang KD Pahang 172 Dipindahkan ke Mawila 1 Kuantan.



07 Februari 2012

KAPAL Diraja (KD) Pahang (kiri) akan beroperasi di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan manakala KD Perak (kanan) akan dipindahkan ke Markas Wilayah Laut 2 Kota Kinabalu, Sabah.
(photo : Utusan)

Perpindahan KD Pahang ibarat ‘sirih pulang ke gagang’

KUANTAN – Kapal ronda generasi baru (NGPV) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pahang yang sebelum ini berpangkalan di Markas Wilayah Laut 2 Kota Kinabalu, Sabah dipindahkan ke Markas Wilayah Laut 1, di sini.

KD Perak yang berpangkalan di sini pula akan dipindahkan ke Kota Kinabalu bagi menjalankan perkhidmatan menjaga perairan di Sabah dan Sarawak.

Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Jamil Osman berkata, perpindahan KD Pahang ke negeri ini boleh diibaratkan sebagai ‘sirih pulang ke gagang’.

Katanya, sebelum ini, kapal peronda itu berkhidmat di perairan negeri Pantai Timur Malaysia selama lima tahun dan menjalankan tugas dengan baik.

“Ia bertepatan status KD Pahang yang dibawa pulang ke negeri ini supaya rakyat berbangga dengan kehadiran kapal NGPV terkini dalam inventori TLDM.

“Semoga kedua-dua kapal itu akan terus melaksanakan tugas menjaga serta melindungi keselamatan perairan maritim dengan cemerlang demi kedaulatan bangsa dan negara,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Serah Tugas Pegawai Memerintah dan Pertukaran Kru KD Perak dan KD Pahang di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini hari ini.

KD Pahang diwakili Pegawai Pemerintahnya, Komander R.P. Chandra Sehgaran menyerahkan pertukaran tugas kepada Pegawai Memerintah KD Perak, Komander Azhar Adam.

Jamil berharap, pegawai memerintah dan kru kedua-dua kapal itu dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik selain memberi komitmen menjaga kedaulatan perairan negara daripada diceroboh anasir luar.




Sekian blog PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA ini memberikan informasi tentang kekuatan militer indonesia, alutsista indonesia, pesawat tempur, kapal perang, kapal selam, dan marinir dengan artikel tentang KD Pahang 172 Dipindahkan ke Mawila 1 Kuantan semoga bermanfaat. Terimakasih telah membaca blog PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA.

0 komentar:

Posting Komentar