Kapal Auxiliary TLDM Bunga Mas Enam Terus Membawa Misi Melindungi Kapal-kapal Negara di Teluk Aden
Di langsir dari blog BETHOROKOLO. Blog PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA ini memberikan informasi tentang kekuatan militer indonesia, alutsista indonesia, pesawat tempur, kapal perang, kapal selam, dan marinir. Kali ini mengupdate artikel tentang Kapal Auxiliary TLDM Bunga Mas Enam Terus Membawa Misi Melindungi Kapal-kapal Negara di Teluk Aden.
Kapal Auxilary TLDM Bunga Mas Enam (photos : TLDM)
Projek pengubahsuaian BUNGA MAS ENAM adalah tepat pada masanya memandangkan statistik dan laporan mengenai aktiviti-aktiviti perlanunan di kawasan Perairan Teluk Aden menunjukkan peningkatan dan menjadi agak serius sejak akhir-akhir ini. Malah kawasan aktiviti perlanunan ini telah pun menjangkau sehingga ke Lautan Hindi. BUNGA MAS ENAM, yang kini dikenali sebagai Kapal Auxiliary TLDM BUNGA MAS ENAM akan menyertai operasi di Teluk Aden bersama-sama dengan KapalAuxiliary TLDM BUNGA MAS LIMA bermula pada pertengahan bulan Ogos 2011.
Merujuk kepada perundangan antarabangsa, kapal auxiliary adalah tergolong dalam jenis-jenis kapal selain dari kumpulan kapal-kapal perang yang dimiliki atau di bawah kawalselia pentadbiran tentera. Ianya dioperasikan oleh sesebuah kerajaan dan diberi keistimewaan kuasa imuniti atau lebih dikenali sebagai sovereign immunity.
Kedua-dua Kapal AuxiliaryTLDM dianggotai oleh anggota-anggota yang terlatih, terdiri daripada anak-anak kapal MISC dan anggota tetap pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kesemua anak-anak kapal MISC ini diserap sebagai anggota Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dan telah menjalani latihan-latihan asas ketenteraan. Setiap anggota yang ditugaskan mempunyai bidang tugas dan kepakaran masing-masing. Anggota tetap ATM adalah terdiri daripada pasukan khas ketiga-tiga cabang perkhidmatan, Unit Udara TLDM dan kumpulan sokongan dari bahagian kesihatan dan pentadbiran tentera. Bidang tugas utama mereka ialah operasi khas dan tugas perlindungan keselamatan. Manakala, bidang tugas utama bagi anak-anak kapal MISC tertumpu kepada tugas-tugas pengemudian dan pengendalian kapal yang melibatkan aspek pandu arah, komunikasi, elektrikal dan mekanikal kapal.
Perkongsian strategik antara TLDM dan MISC telah berjaya melahirkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Laut) atau PALAPES (L) di Akademi Laut Malaysia (ALAM) dan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) yang mempunyai kepakaran tertentu. Untuk rekod, pengambilan pertama PALAPES (L) ALAM yang dirasmikan pada tahun lalu mempunyai seramai 29 orang pegawai. Manakala terdapat 45 orang pegawai dan 43 orang lain-lain pangkat PSSTLDM yang berkepakaran perkapalan menerusi Operasi FAJAR. Bagi TLDM, Kapal AuxiliaryTLDM ini merupakan satu komponen penting di dalam merealisasikan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang terkandung di dalam Dasar Pertahanan Negara yang bertujuan untuk membuka peluang kepada lebih ramai sukarelawan yang berminat untuk mendalami ilmu kelautan, pertahanan dan keselamatan.
Maklumat Kapal Auxiliary TLDM BUNGA MAS ENAM
(TLDM)
Sekian blog PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA ini memberikan informasi tentang kekuatan militer indonesia, alutsista indonesia, pesawat tempur, kapal perang, kapal selam, dan marinir dengan artikel tentang Kapal Auxiliary TLDM Bunga Mas Enam Terus Membawa Misi Melindungi Kapal-kapal Negara di Teluk Aden semoga bermanfaat. Terimakasih telah membaca blog PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA.
09 Agustus 2011
Kapal Auxilary TLDM Bunga Mas Enam (photos : TLDM)
MISC Berhad dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah melancarkan Kapal BUNGA MAS ENAM sebagai sebuah Kapal Auxiliary TLDM kedua bagi memperkukuhkan perjalanan Operasi FAJAR. Majlis pelancaran tersebut telah diadakan di limbungan Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE), Pasir Gudang Johor dan dihadiri oleh Panglima Tentera Laut; YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif MISC Berhad; YBhg Datuk Nasarudin Md Idris.
BUNGA MAS ENAM, sebuah kapal kontena bersaiz 699TEUs, merupakan kapal dagang kedua yang didaftarkan di Malaysia yang telah diubahsuai dan dilengkapi dengan peralatan keselamatan bertujuan melindungi dan mengiringi kapal-kapal MISC yang membawa kepentingan negara di Perairan Teluk Aden dan perairan sekitarnya. Kerja-kerja pengubahsuaian telah dijalankan oleh MMHE (sebuah anak syarikat MISC) di limbungan kapalnya yang terletak di Pasir Gudang, Johor. Sebelum ini, BUNGA MAS LIMA, Kapal Auxiliary TLDM pertama telah dilancarkan pada 1 Jun 2009 dan kini sedang ditugaskan di perairan Teluk Aden untuk mengiringi kapal-kapal dagang milik MISC yang menggunakan laluan tersebut. Sejak pelancarannya, BUNGA MAS LIMA telah berjaya mengiringi sebanyak 172 kapal-kapal dagang MISC merentasi Teluk Aden dan kawasan perairan berhampiran.
BUNGA MAS ENAM, sebuah kapal kontena bersaiz 699TEUs, merupakan kapal dagang kedua yang didaftarkan di Malaysia yang telah diubahsuai dan dilengkapi dengan peralatan keselamatan bertujuan melindungi dan mengiringi kapal-kapal MISC yang membawa kepentingan negara di Perairan Teluk Aden dan perairan sekitarnya. Kerja-kerja pengubahsuaian telah dijalankan oleh MMHE (sebuah anak syarikat MISC) di limbungan kapalnya yang terletak di Pasir Gudang, Johor. Sebelum ini, BUNGA MAS LIMA, Kapal Auxiliary TLDM pertama telah dilancarkan pada 1 Jun 2009 dan kini sedang ditugaskan di perairan Teluk Aden untuk mengiringi kapal-kapal dagang milik MISC yang menggunakan laluan tersebut. Sejak pelancarannya, BUNGA MAS LIMA telah berjaya mengiringi sebanyak 172 kapal-kapal dagang MISC merentasi Teluk Aden dan kawasan perairan berhampiran.
Projek pengubahsuaian BUNGA MAS ENAM adalah tepat pada masanya memandangkan statistik dan laporan mengenai aktiviti-aktiviti perlanunan di kawasan Perairan Teluk Aden menunjukkan peningkatan dan menjadi agak serius sejak akhir-akhir ini. Malah kawasan aktiviti perlanunan ini telah pun menjangkau sehingga ke Lautan Hindi. BUNGA MAS ENAM, yang kini dikenali sebagai Kapal Auxiliary TLDM BUNGA MAS ENAM akan menyertai operasi di Teluk Aden bersama-sama dengan KapalAuxiliary TLDM BUNGA MAS LIMA bermula pada pertengahan bulan Ogos 2011.
Merujuk kepada perundangan antarabangsa, kapal auxiliary adalah tergolong dalam jenis-jenis kapal selain dari kumpulan kapal-kapal perang yang dimiliki atau di bawah kawalselia pentadbiran tentera. Ianya dioperasikan oleh sesebuah kerajaan dan diberi keistimewaan kuasa imuniti atau lebih dikenali sebagai sovereign immunity.
Kedua-dua Kapal AuxiliaryTLDM dianggotai oleh anggota-anggota yang terlatih, terdiri daripada anak-anak kapal MISC dan anggota tetap pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kesemua anak-anak kapal MISC ini diserap sebagai anggota Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dan telah menjalani latihan-latihan asas ketenteraan. Setiap anggota yang ditugaskan mempunyai bidang tugas dan kepakaran masing-masing. Anggota tetap ATM adalah terdiri daripada pasukan khas ketiga-tiga cabang perkhidmatan, Unit Udara TLDM dan kumpulan sokongan dari bahagian kesihatan dan pentadbiran tentera. Bidang tugas utama mereka ialah operasi khas dan tugas perlindungan keselamatan. Manakala, bidang tugas utama bagi anak-anak kapal MISC tertumpu kepada tugas-tugas pengemudian dan pengendalian kapal yang melibatkan aspek pandu arah, komunikasi, elektrikal dan mekanikal kapal.
Dengan adanya Kapal Auxiliary TLDM seperti BUNGA MAS LIMA dan BUNGA MAS ENAM ini, TLDM mampu melaksanakan pemantauan di luar lingkungan operasi beyond normal operating envelope secara optimum dan berhemah. Menerusi pengoperasian BUNGA MAS LIMA, TLDM telah berjaya menjimatkan kos operasi sebanyak RM 3 juta sebulan. Lebih signifikan lagi, perkongsian bijak antara TLDM dan MISC ini telah berjaya memberi perlindungan terhadap barangan dagangan negara yang bernilai berbillion ringgit yang melalui Perairan Teluk Aden. Projek BUNGA MAS LIMA juga telah berjaya menempatkan Angkatan Tentera Malaysia di tangga kedua dalam Pertandingan Anugerah Inovasi Perdana Menteri bagi tahun 2011.
Bagi MISC, pengubahsuaian kapal-kapal dagang milik syarikat kepada Kapal Auxiliary TLDM ini telah membuktikan komitmen pihak pengurusan di dalam memastikan keselamatan anak-anak kapal dan aset negara terjamin, terutamanya ketika melalui Perairan Teluk Aden dan kawasan perairan yang berhampiran. Dari sudut perniagaan pula, pengoperasian kapal-kapal auxiliary ini telah berjaya meningkatkan keyakinan dan kesetiaan para pelanggan terhadap perkhidmatan MISC dan syarikat ini terus menjadi pilihan utama mereka dalam memastikan kargo yang dibawa sampai ke destinasi dengan selamat. MISC merupakan syarikat perkapalan utama di dunia yang menggunakan kapal tanker LNG. Dari segi pemasaran, perolehan aset dan pendapatan, ia merupakan syarikat perkapalan keempat yang terbesar di dunia. MISC juga menduduki tangga keempat di dunia dalam pengoperasian Aframax tankers yang membawa barangan dagangan berupa petroleum.
Perkongsian strategik antara TLDM dan MISC telah berjaya melahirkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Laut) atau PALAPES (L) di Akademi Laut Malaysia (ALAM) dan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) yang mempunyai kepakaran tertentu. Untuk rekod, pengambilan pertama PALAPES (L) ALAM yang dirasmikan pada tahun lalu mempunyai seramai 29 orang pegawai. Manakala terdapat 45 orang pegawai dan 43 orang lain-lain pangkat PSSTLDM yang berkepakaran perkapalan menerusi Operasi FAJAR. Bagi TLDM, Kapal AuxiliaryTLDM ini merupakan satu komponen penting di dalam merealisasikan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang terkandung di dalam Dasar Pertahanan Negara yang bertujuan untuk membuka peluang kepada lebih ramai sukarelawan yang berminat untuk mendalami ilmu kelautan, pertahanan dan keselamatan.
Maklumat Kapal Auxiliary TLDM BUNGA MAS ENAM
a. Owner - MISC Berhad
b. Port of Registry - Port Klang
c. Builder - Malaysian Shipyard and Engineering
d. Hull Number - 6
e. Date Launched - 1 Aug 96
f. Date of Delivery - 22 May 97
g. Type of Ship - 699 TEUS Container Carrier
h. Length - 132.8 meter
i. Breadth - 22.7 meter
j. Gross Tonnage - 8,957 tonnes
k. Net Tonnage - 3,158 tonnes
l. Main Engine - MDE Sulzer 5RTA52U
m. Speed - 17 knots
n. Cruising Range - 9,000 Nm
o. Tank Capacity:
(1) Heavy Fuel Oil Tank (used for cruising) - 540 tonnes
(2) Marine Diesel Oil Tank (used for generator) - 50 tonnes
(3) Cylinder Oil Tank - 11,000 ltrs
(4) Fresh Water Tank - 980 tonnes
p. Fresh water making system:
(1) Alfa Laval Evaporator
(2) Average daily making rate - 8 tonnes
q. Endurance - 21 days
b. Port of Registry - Port Klang
c. Builder - Malaysian Shipyard and Engineering
d. Hull Number - 6
e. Date Launched - 1 Aug 96
f. Date of Delivery - 22 May 97
g. Type of Ship - 699 TEUS Container Carrier
h. Length - 132.8 meter
i. Breadth - 22.7 meter
j. Gross Tonnage - 8,957 tonnes
k. Net Tonnage - 3,158 tonnes
l. Main Engine - MDE Sulzer 5RTA52U
m. Speed - 17 knots
n. Cruising Range - 9,000 Nm
o. Tank Capacity:
(1) Heavy Fuel Oil Tank (used for cruising) - 540 tonnes
(2) Marine Diesel Oil Tank (used for generator) - 50 tonnes
(3) Cylinder Oil Tank - 11,000 ltrs
(4) Fresh Water Tank - 980 tonnes
p. Fresh water making system:
(1) Alfa Laval Evaporator
(2) Average daily making rate - 8 tonnes
q. Endurance - 21 days
(TLDM)
Sekian blog PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA ini memberikan informasi tentang kekuatan militer indonesia, alutsista indonesia, pesawat tempur, kapal perang, kapal selam, dan marinir dengan artikel tentang Kapal Auxiliary TLDM Bunga Mas Enam Terus Membawa Misi Melindungi Kapal-kapal Negara di Teluk Aden semoga bermanfaat. Terimakasih telah membaca blog PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA.
0 komentar:
Posting Komentar