Kerajaan Timbang Tempah 3 Kapal Laut Baru

Di langsir dari blog BETHOROKOLO. Blog PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA ini memberikan informasi tentang kekuatan militer indonesia, alutsista indonesia, pesawat tempur, kapal perang, kapal selam, dan marinir. Kali ini mengupdate artikel tentang Kerajaan Timbang Tempah 3 Kapal Laut Baru.



03 Desember 2009

Kapal MRSS akan mengikuti desain Dokdo, namun dengan ukuran yang lebih kecil (photo : Military Today)

LANGKAWI: Kerajaan bercadang membuat tempahan tiga Kapal Sokongan Pelbagai Fungsi (MRSS) bagi menggantikan kapal gantian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar baru-baru ini, dalam masa terdekat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penilaian akan dibuat berasaskan kapal besar jenis sama milik Korea dikenali Dokdo yang menyertai Lima 2009 Kali ini.

Beliau berkata, pembinaan kapal MRSS mengambil masa 48 bulan (empat tahun) dan tempahan dijangka pada pertengahan tahun depan, selepas tender dikeluarkan.

"Kapal ini akan mengikut rekaan Dokdo,tetapi menepati keperluan reka bentuk dan ukuran kapal TLDM."

Jika tempahan dibuat, kita akan memastikan satu daripadanya dibina di luar negara manakala dua lagi perlu dibangunkan di negara ini,"katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama media di atas kapal KD Lekiu di sini,sebentar tadi.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan mengejut ke kapal KD Lekiu sempena hari terakhir sebelum bermulanya Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa langkawi 2009 (Lima), esok.

Mengulas penyertaan segmen maritim, Dr Ahmad Zahid berkata, 99 kapal menyertai Lima 2009 berbanding 71 kapal bagi acara yang sama pada 2007.

Beliau berkata, penyertaan terakhir menyaksikan dua kapal dari Filipina dan tiga milik TLDM tiba di sini, pagi tadi.


(Berita Harian)


Sekian blog PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA ini memberikan informasi tentang kekuatan militer indonesia, alutsista indonesia, pesawat tempur, kapal perang, kapal selam, dan marinir dengan artikel tentang Kerajaan Timbang Tempah 3 Kapal Laut Baru semoga bermanfaat. Terimakasih telah membaca blog PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA.

0 komentar:

Posting Komentar